Biasalah,kita banyak mendengar nasihat lebih baik mendiamkan diri dari terus berkata kata.tapi dalam diam terus aja kadang kadang jadi lagi fun sebab takde feedback yang diberi.Macam mane yang berlaku pon itu jawapan mereka sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah yang bakal ditentukan dalam undang undang tidak lama lagi.tak payahlah kita terus menghukum sesiapa kerana kita hanya duduk dibelakang tabir melihat dan menerima kenyataan dari media media sahaja.
Kenapa aku post entri ni?sebab aku rasakan perlu jugak nak bagi orang2 kita tau and sedar tak semestinya kita boleh sesuka hati melakukan sesuatu mengikut hati kita dan berbicara tanpa berfikir seperti yang terjadi pada adukataruna yang telah ditahan disebabkan penulisannya dengan menghina almarhum sultan. Dari segala apa yang aku tuliskan ini,sebenarnya keyword dia hanyalah lebih berhati hati dalam membicarakan sesuatu kerana negara kita masih punya undang undang yang boleh memainkan peranan dalam menjaga keharmonian negara.
Dulu di sekolah dah terbiasa bermain undang undang sekolah saje,tetapi kalo anda sudah pon berumur 18 tahun dan ke atas ingatlah anda kini bermain dengan undang2 negara.
p/s: cepat cepat dia minta maaf lepas menghina almarhum sultan..(nasi dah jadi bubur da..undang2 la jawabnye)













